Bahaya Dengki

Posted: November 26, 2010 in Life, Motivations, Rohani

Been quite a while, tak buat salah satu perkara masa lapang yang aku suka buat.. Listening to ceramah Aa Gym @ youtube..

Kebetulan ada masa, so.. I think I’m gonna share sikit sebanyak lah wat I’ve been listening kan.. Biasa jugak.. Sharing is caring.. Semoga manfaatnya kita dapat sama2 lah kan.. insyaAllah..

Bismillahir Rahmaanir Rahiim

Bahaya Dengki

Semoga Allah S.W.T yang Maha Menatap, Maha Memperhati, serta Maha Tahu segala yang terlintas di hati kita, menggolongkan kita semua dari penyakit dengki. Amin.

Orang yang berpenyakit dengki itu ada ciri-ciri.
Ciri-cirinya sederhana..
– Senang melihat orang lain susah, Susah melihat orang lain senang –

Pendengki itu, kalau hanya lintasan hati, masih normal, kerana memang begitu ‘software’ kita mengandungi kedengkian.

Tapi, kalau hati ini, ‘Idza hasad’ – kedengkian yang dijalankan, jadilah masalah.

Pendengki, kalau sudah dengki dengan seseorang, biasanya kita tidak mahu lihat wajah dia, tidak mahu dengar suara dia. Jangan kata nak lihat atau dengar, nak berdekatan pun susah.

Raut muka pendengki, lebih banyak masamnya daripada manisnya.
Tutur kata pendengki, lebih banyak menghina, mencela, menjatuhkan.
Pokoknya, tidak puas melihat orang lain dipuji. Dia selalu akan berusaha supaya pujian tak cocok dan terus mengeluarkan kata-kata menyangkal.

Pendengki itu sengsara sekali melihat orang lain sukses. Dan pendengki yang sudah kronis/kritikal, maka dia akan terus berusaha mencelakakan orang yang didengki.

Pendengki itu akhlaknya buruk sekali. Dia tidak produktif kerana setiap hari memikirkan untuk menjatuhkan orang yang didengki.

Penyebab-penyebab dengki ada macam-macam, antaranya..

  • Pendengki bisa wujud kalau kita pernah tersakiti.
  • Kalau orang sudah luka hati, dia selalu membenci, mendendam dan merindukan kejatuhan orang yang menyakiti. Maka kalau makin banyak kita menyakiti orang lain, siap-siap bahaya menanti kita. Bukan kerana mereka jahat, kerana setiap perbuatan kembali kepada pembuatnya.
  • Pendengki bisa wujud kalau dia ujub, merasa dirinya hebat, tidak mahu ada saingan. Plus takabbur, selalu merendahkan orang lain.
  • Pendengki tu biasanya orang yang inginkan ‘number one’. Ambitious. Selalu nak on top. Orang yang ambitious cenderung pendengki.
  • Pendengki sejati, si busuk hati. Ada je yang nak dikutuk.

Kerugian pendengki memang luar biasa.
Bahkan penyakit akan banyak, susah tidur, fikiran kacau, stress, tidak disukai orang lain.
Pendengki itu akan banyak dosanya, nauzubillahi min zalik.

Yang paling fatal/kritikal dari pendengki,
‘al hasadu yakkullul hasanaati kama takkulun naaral hatob.’
Ertinya: Kedengkian itu habis membakar kebaikan kita, seperti api membayar kayu.

Tak guna kita buat kebaikan, beramal, baca qur’an dan lain-lain amalan baik, tapi kalau ada  rasa dengki di hati. Sia-sia aja. Hangus semua.

Jangan hanya bermati-matian meningkatkan ibadah, tapi harus bermati-matian juga mengatasi kedengkian kita.

Setiap yang buruk, insyaAllah ada cara untuk kita mengatasi atau menyembuhkannya..

Rahsia kesembuhan dari kedengkian

  • Ilmu.
    Ilmu apa yang penting? Iaitu ilmu keyakinan. Kita harus mula meyakini bahawa yang membagikan rezeki itu adalah Allah. Dan Allah membagikan apapun sesukaNya. Kerana DIA lah yang menciptakan dan menguruskan.
  • Riyadhah (Latihan)
    Berlatih, pupuk diri untuk tidak merasa dengki dengan orang. Belajar mengakui ada orang yang memang lebih baik/bagus daripada kita.

Kedengkian kita pada seseorang tidak akan merubah ketentuan Allah pada orang itu.
Apa yang kita boleh buat, usaha agar kita dapat meraih kesuksesas sepertimana orang yang kita dengkikan tu.

Bila hati sudah bebas dari kedengkian, insyaAllah, sekecil apapun amal kita akan utuh menjadi bekal hidup.

Wallahu’alam.

*Ni je sedikit sebanyak dapat dikongsi. Mungkin ada yang setuju, ada yang tak setuju. Hak masing-masing. Yang penting peringatan untuk diri sendiri. Muhasabah, ponder diri masing-masing. Sesungguhnya yang baik semua datang daripadaNya.

Okey then, think thats all for now .. InsyaAllah .. Jumpe lagi di post entry yang lain ..🙂

-nur07-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s