Tahun Baru.. Azam Baru..

Posted: December 7, 2010 in Life, Motivations, Rohani


Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Tahun berganti tahun..

Kini Ma’al Hijrah datang lagi..

“Tahun berganti, Umur meningkat. Muhasabah diri, Tingkatkan ibadat.”

Sama-sama kita muhasabah diri.. Ponder ourselves.. For what we have done.. For the past years..

Perbaiki lah diri kita.. Semoga kita diberi keazaman untuk meningkatkan lagi ibadah kita..
Semoga kita diberi keazaman untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya..

Tahun berganti bukan menandakan usia kita makin panjang..
Tetapi ia menandakan bahawa usia kita semakin hari semakin pendek..
Dengan bergantinya tahun.. Maka meningkatlah usia kita..
Usia kita semakin hari bukan lah semakin muda.. Malahan sebaliknya..

Syukur kepadaNya kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan tahun baru..
Itu bermakna kita masih diberi peluang untuk meningkatkan ketaqwaan & ketaatan kita kepadaNya..

Andai pada tahun  yang sudah.. Amalan & ibadah kita kurang..
Maka tanamkan lah keazaman tahun ini.. Untuk meningkatkan lagi amalan & ibadah kita..

Kita semua hanya manusia biasa .. Takkan pernah lepas dari kesilapan & kekurangan..
Apa yang kita boleh lakukan .. Kita hanya boleh berusaha lebih untuk belajar dari kesilapan & memperbaiki apa yang kurang..

Bak kata pepatah arab :
“Man Jadda Wajad”
Ertinya –  Siapa yang bersungguh-sungguh, nescaya dia dapat.

InsyaAllah.. Kalau kita berusaha.. Kalau kita bersungguh-sungguh.. Tak mustahil kita boleh melakukannya..
Kalau kita betul-betul berazam.. InsyaAllah.. Dipermudah segalanya..
Pucuk pangkal balik pada diri sendiri.. Kerana hanya diri kita yang mampu mengubah diri kita sendiri.. Bukan orang lain..

‘Ala kulli hal .. Sekadar untuk perkongsian bersama..
Sempena meraikan Ma’al Hijrah, menyambut Tahun Baru 1432H..

Peringatan untuk diri aku sendiri khususnya.. Dan juga untuk semua..

Semoga apa yang kita azamkan.. Dapat kita laksanakan.. Dan dipermudahkan segala urusan..

Sepertimana Allah telah berfirman dalam Surah Al-Imran, ayat 159 :
“Faidza 3azamta fatawakkal 3alallah..”
Ertinya – Apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.

So.. Kita dah usaha.. Kita dah berazam.. Yang lain.. Serahkan padaNya..🙂
Kerana kita ni semua hanya merancang.. Tapi yang menentukan segalanya cuma DIA..🙂
Yang penting kita dah berazam.. Kita dah niat nak lakukan.. Tu dah mencukupi..

So.. InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan semua lah..

‘Akhir kalaam minni..

SALAM MA’AL HIJRAH ..
Selamat menempuhi tahun yang baru .. Azam yang baru .. Serba serbi baru ..
InsyaAllah.. Allahumma Amin..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s